Rumah Berhantu Seksyen 2 Berwajah Baru

on 27 March 2014

Rumah yang pernah dikatakan berhantu di seksyen 2 yang bertempat Shah Alam pasti korang pernah baca cerita  mengenai rumah ini.

Bermacam-macam teori dan versi bersepah di Google.
Korang boleh lah rajin2kan kan diri untuk cari cerita ni.

Hari ni aku singgah kejap ke rumah berhantu seksyen 2 untuk melihat sekali lagi keadaan rumah.
Kali terakhir aku pergi pada tahun 2013 dengan kawan-kawan aku yang lain. Masa tu pukul 3 pagi.

Tapi kali ini keadaan wajah rumah ini telah berubah. Aku tak tahu dan tak pasti siapa yang jaga rumah tu sekarang apa yang aku tahu keadaan rumah ni  semakin bertambah baik dari segi penjagaan luaran.


Peniaga Perlu Peka Status Halal

on 26 March 2014

Sebelum ini aku dah tulis entry tentang produk coklat pepero yang diragui status halalnya di sini , tapi apa yang mengecewakan aku pada jawapan yang diberikan pada syarikat yang menjual produk dari korea ini.

Umum mengetahui coklat ini cukup terkenal di Langkawi dan ada yang memborong disana samaada untuk dijual semula atau dimakan sendiri.

kredit gambar : Eyriqazz

Minyak Wangi Beralkohol Boleh Dipakai Bawa Solat Atau Tidak?

on 24 March 2014

Pakai minyak wangi adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan kita berwangi-wangian ketika bersolat. Bermacam-macam jenis minyak wangi ada dijual dipasaran dan ada yang murah serta yang mahal.

Sejauh mana kehalalan minyak wangi ini untuk dibawa sembahyang bagi umat Islam?


Aku pernah mengkaji isu dan persoalan ini dengan beberapa individu yang mendalami ilmu syariah. Bila kita sentuh isu alkohol sudah tentu kita semua akan fikir HARAM kerana berkaitan dengan isu arak.

Tahukah anda minyak wangi beralkohol boleh dibawa sembahyang? Dan bukan semua jenis alkohol adalah tak sah dibawa ketika solat? Ini yang menjadi persoalannya.

Malam Cinta Allah & Rasul Bergema Di Putrajaya

on 22 March 2014

Syukur alhamdulillah,

Sambutan meriah pada Malam Cinta Allah & Rasul yang boleh dikatakan antara taman-taman syurga dapat menarik ribuan umat Islam terutama golongan anak muda.

Bertempat di Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali sebagai masjid besi mengumpulkan beribu umat Islam untuk turut berjemaah bersama-sama mengalunkan ayat-ayat suci dan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ini adalah pengalaman pertama hadir ke himpunan terbesar sebegini rupa malah suasananya yang aman dan tenang, subahanallah.


Pengalaman Ulang Paper SPM Kali Kedua

on 21 March 2014



Ketika di sekolah menengah, aku adalah seorang pelajar yang beraliran akaun. Waktu tu subjek tambahan adalah akaun,ekonomi asas dan add math.

9A & 9A+ Dalam SPM, Tapi....

Alhamdulillah... 
Keputusan yang sangat baik dan melambangkan pengetahuan akademik yang tinggi.
Tahniah diucapkan pada adik-adik yang telah berjaya merangkul keputusan yang cemerlang, maka disinilah bermulanya kehidupan di luar alam persekolahan.
Baik, sekarang katakan adik2 ditinggalkan di tengah2 kota KL seorang diri,
tanpa sebarang peralatan, tanpa sebarang sijil, tanpa mengenali sesiapa.
Hanya wang RM50 di tangan.

Buku "Emas" DenaiHati Khazanah Blogging

on 19 March 2014

Cukup tepat jika aku gelarkan buku yang telah aku dapat dalam goodies di SBBYEOS2014 baru-baru ini seperti tajuk diatas.

Kenapa?

Pada pengamatan aku sejujurnya buku ini penuh dengan ilmu yang tak terkalah. Samaada dari sudut ilmuan dunia mahupun ilmuan akhirat.

Bukan itu sahaja, ada beberapa perkongsian dari sudut penceritaan memberikan motivasi hidup, jadi memang kena dengan trademark DenaiHati "hidup untuk memberi".

Pesawat MH370 Di Lokasi Rahsia?

Asalamualaikum..

Hari ini telah masuk hari ke 12 kehilangan pesawat MAS MH370, dan sejak hari pertama kehilangan itu aku telah menggerakkan usaha mencari dengan mencari petunjuk-petunjuk baru.

Petunjuk-petunjuk ini dapat aku simpul dan dikumpulkan juga dari pemerhatian beberapa orang pengamal perubatan Islam(bukan bomoh).

Bermacam teori yang telah kita dengar ada yang betul malah ada yang tidak. Malah ada juga yang telah memberikan bermacam-macam andaian dan ideologi merapu apabila mengaitkan dengan perihal politik dan sebagainya.

Coklat Pepero Meragukan

on 18 March 2014

Coklat Pepero, itulah salah satu coklat yang pasti diborong jika ke Langkawi. Aku juga salah seorang yang pernah memborong coklat ini ketika bercuti di Langkawi sebelum ini.

Kali ini aku dapat tahu bahawa status coklat Pepero ini diragui kerana tiada sijil halal, sudah semestinya bab halal haram ini pasti dipandang serius sebagai seorang yang beragama Islam.

Jadi mana yang tak tahu tak mengapa tapi jika dah tahu baik ambil tindakan agar tidak lagi beli coklat Pepero ini.

coklat Pepero

Coklat Dip Dip Ala Carte

on 17 March 2014

Baru-baru ini aku sempat singgah ke Dip Dip Cafe di E-Curve Damansara bila pulang dari Melaka bersama keluarga.

Pada mulanya aku singgah di salah satu cawangan di Bangsar, tapi aku tengok punyalah ramai manusia yang beratur untuk menunggu giliran masuk ke cafe tu. Jadi aku tukar planning untuk pergi ke satu lagi cawangan di E-Curve Damansara.

SBBYEOS2014 Medan Lubuk Emas Blogging Asia Tenggara

on 14 March 2014

Asalamualaikum,

Pada 8 Mac yang lalu, berlangsungnya SBBYEOS2014 bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang Kuala Lumpur.


Bagi diri aku sendiri, ini kali kedua aku menyertai gathering SBBYEOS2014 seperti ini yang menghimpunkan seluruh blogger di Asia Tenggara.

Ibarat Menanti Kemuncak Anugerah Juara Lagu(AJL)

on 7 March 2014


Untuk terus mengembangkan rangkaian dalam arena blogging, tak lengkap tanpa kekuatan silaturrahim yang kukuh sesama blogger.

Tak ramai mengetahui sesuatu himpunan atau gathering amat penting dalam melebarkan lagi sayap network sesama blogger malah mengeratkan lagi silatturahim sesama rakan blogger yang lain.

Kecoh Sumber Air Spritzer Dari Jirat Cina

on 3 March 2014

Bagi aku la kan, sebelum nak hentam suka suki tu, baik selidik dulu lah betul2.
Entah dari mana sumber yang negatif pasal Spritzer korang dapat aku pun tak tahu la kan.

Untuk pengetahuan korang, jirat cina tu memang ada TAPI agak jauh dari lokasi kilang pemprosesan air mineral tersebut. Aku dan rakan2 blogger yang lain dah terjah kilang Spritzer tu, kami dah selidik dari A-Z malah dibawa ke setiap pelusuk kawasan sekitar untuk pemerhatian. Rujuk lawatan ke kilang spritzer

Spritzer Blogger Trip Terjah Kilang Di Taiping.

on 2 March 2014

Sebelum berlepas ke Taiping pada pukul 8.00 pagi

Semalam, aku dan beberapa orang blogger lain berkesempatan untuk melawat kilang Spritzer bertempat di Taiping, Perak.

Teratak Ini Sangat Mengujakan Dari Dalam, Sebab Itu Luar Rumahnya Membuatkan Orang Ramai Tak Percaya!

on 28 February 2014

Kebanyakan rumah-rumah dengan reka bentuk moden mempunyai luar cantik bergaya, juga.
Berlainan pula yang ini, kalau tengok dari luar seperti rumah setinggan yang ditinggalkan.

Apa yang menarik perhatian saya? Anda pula?




PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE!

on 27 February 2014


Selepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya  pada tahun lepas, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil sekali lagi  melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat.

Sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutian bersama Pak Nil pada 2013 memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6 April – 9 April 2014 ini.

Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatan beliau sebagai penggiat seni.



Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang berkata, percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.

“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,”

Ditanya mengenai pakej percutian bersama Pak Nil yang akan diadakan pada bulan 6 April ini, beliau menambah bahawa Pak Nil merupakan seorang ikon di Malaysia. Buat mereka yang bakal mengikuti pakej ini pada bulan April nanti, program khas telah dirancang khusus untuk peminat Pak Nil. Selain itu mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Datuk Aznil Hj Nawawi berkata, orang ramai patut mencuba percutian ataskapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini.

“Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu kapal Superstar Libra baru- baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur.

Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan.

Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Mengenai aktiviti di SuperStar Libra, kapal mewah itu menawarkan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.

Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal manakala jemputan istimewa penyanyi dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens.

Persembahan itu di adakan di Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s) menampilkan persembahan ala 80-an.Jika gemarkan suasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinya di Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15.

Bersantai & Bermalam Diatas Kapal Star Cruises

on 22 February 2014

Pengalaman mengujakan apabila kali ini aku berpeluang menaiki kapal besar atau lebih dikenali sebagai "Star Cruises".

Perjalanan memakan masa lebih kurang dalam 4-5 jam dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang bersama kumpulan "Sahabat Media".




Pelayaran bersama "Star Cruises" dimulai dari Pulau Pinang sehingga ke perairan antarabangsa. Setibanya berada diatas kapal, aku dapat lihat sendiri bagaimana konsep sebuah kapal dan hampir menyamai sebuah kapal dalam filem "Titanic".



Paling mengasyikkan apabila tibanya waktu malam yang mana kita boleh lihat suasana penuh warna warni yang menyinari setiap pelusuk kapal "Star Cruises" ini.

Bila bercakap pula tentang ruang tidur, bilik yang disediakan ini boleh dikatakan tidak mengecewakan walaupun agak kecil pada tanggapan aku sendiri. 

Bilik ini boleh muat dalam 2 - 4 orang dan lengkap dengan peralatan asas bagi sebuah bilik.




Bagi peminat dunia fotografi, tidak asing lagi apabila bangun lebih awal untuk merakamkan sendiri detik "sunshine" di awal pagi, gambaran ini diambil sekitar dalam pukul 7.00 pagi dan langit mula kelihatan cerah.



Bagi aku peluang sebegini bukannya selalu boleh dapat dan merasai sendiri belayar dan bermalam bersama "Star Cruises" adalah salah satu pengalaman yang anda boleh rasai sendiri bersama keluarga dan menjadikan sebagai salah satu percutian bulan madu.

Berkongsi Ilmu Itu Lebih Baik Daripada Berdiam Diri

on 20 February 2014



Tidak semua cenderung untuk berkongsi ilmu. 
Walaupun kita sedar ilmu yang bermanfaat adalah satu daripada saham akhirat yang mudah untuk disebarkan.


Satu daripada cara untuk berkongsi ilmu adalah menerusi penulisan.
Tidak semua penulis yang suka berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Ada penulis yang menggunakan tulisan sebagai satu medium untuk mengaibkan orang lain. 
Ada penulis yang menggunakan tulisan kerana mahu buat duit semata-mata tanpa memikirkan manfaat kepada pembaca.

Ada juga penulis yang sentiasa mencari jalan, untuk menyampaikan maklumat yang merangkumi beberapa elemen saham akhirat yang baik. 

Antaranya adalah:

1. Tulisan yang bermanfaat.
2. Tulisan yang menyelesaikan masalah pembaca.
3. Tulisan yang kuat sokongan maklumatnya.
4. Tulisan yang menambah nilai dalam hidup orang lain.
5. Tulisan yang memberikan inspirasi kepada pembaca, supaya menjadi lebih baik dari semalam.


Prinsip Sedekah Ilmu – The More You Give, The More You Get


Berbicara dari sudut seorang penulis. 
Ramai penulis hebat yang saya kenal mempunyai beberapa perwatakan yang sama.

Satu daripadanya adalah hala tujuan penulisan mereka. 
Setiap seorang daripada mereka mempunyai tujuan untuk menulis. 

Antaranya mahu ilmu-ilmunya itu disebarkan kepada orang ramai.
Supaya orang ramai memperoleh manfaat, 
supaya orang ramai boleh menggunakan ilmu itu sebagai bahan rujukan subjek untuk beberapa keturunan.

Bercerita tentang hal ini, teringat betapa besarnya pengorbanan para ulama yang sanggup mengorbankan masa tidur, semata-mata untuk berkarya. Mereka berkarya kerana harta. 

Tetapi bukan harta dunia semata-mata. Harta dunia dan akhirat mereka inginkan. 
Lebih penting, ilmu mengenai Islam,agama yang indah lagi mengindahkan ini dapat disebarkan kepada orang ramai.

Jika hendak dibezakan dengan penulis seperti saya, ibarat langit dengan bumi. 
Mereka sanggup melupakan kesakitan untuk berkarya. 
Mereka sanggup untuk menjelajah berjuta-juta batu untuk mendapatkan ilmu.

Supaya ilmu itu dapat disematkan dalam karyanya. 
Kemudian disebarkan kepada orang ramai yang tidak berkemampuan untuk meneroka ilmu itu.


Berhenti Beralasan – Setiap Manusia Ada Kelebihan


Fikirkan sejenak.
Selama kita hidup di bumi Allah ini,
adakah kita mempunyai satu pengalaman, minat,
obsesi atau kecenderungan terhadap sesuatu?

Mungkin kita pernah mempunyai pengalaman menjual tebu di pasar malam,
dan memperoleh pendapatan untuk menampung keluarga.
Boleh jadikan ia sebagai titik permulaan untuk berkongsi ilmu menerusi penulisan.

Mungkin kita meminati topik pemasaran dan kita sudah membaca lebih daripada 50 buku pemasaran.

Boleh jadikan ia sebagai satu wadah untuk menyampaikan ilmu bermanfaat kepada orang ramai.

Khususnya pemilik perniagaan.

Cari Ilmu, Gali Ilmu dan Kongsi Ilmu

Konsep berkongsi ilmu itu mudah.

Pertama, kita mencari ilmu yang kita mahu.
Contohnya, saya mahu menjadi pakar dalam bidang penulisan blog. 
Maka tugas pertama saya adalah melakukan kajian terhadap individu yang sesuai (pakar) dalam bidang ini.

Seperti kata Dr. Azizan Osman, jika mahu cari ilmu, cari ilmu yang berkualiti.
Yakni belajar daripada mereka yang sudah pakar dan berjaya.

Langkah seterusnya adalah menggali ilmu itu daripada mereka.
Ini yang dinamakan pengorbanan. Ia akan melibatkan 3 jenis pengorbanan:

Masa – Melaburkan masa untuk menuntut ilmu dengan mereka.

Tenaga – Jarak untuk kita bertemu dengan mereka.

Wang – Barang tukaran sebagai tanda kita mahu menghargai ilmu yang mereka ada.

Langkah terakhir adalah berkongsi apa yang kita belajar kepada orang ramai. 
Zaman teknologi hari ini lebih memudahkan. 
Kita tidak perlu bersusah payah merayu pada penerbit untuk menulis buku.

Gunakan medium percuma seperti blog. 
Ia adalah permulaan untuk mengumpul saham akhirat.
Semoga kita semua berjaya berkongsi ilmu yang bermanfaat. 

Agar ia tukar menjadi berkat. Supaya saham akhirat kita melekat di akhirat.

Lubuk Niaga Secara Borong Dibongkar!

on 19 February 2014



Berapa ramai yang tahu bisnes borong?
Berapa ramai yang tahu macam mana nak membeli barang borong secara online?
Berapa ramai yang tahu berniaga borong secara online?
Berapa ramai yang tahu LUBUK untuk dapatkan barang borong secara MURAH?

Aku sangat pasti makcik2,kakak2 selalu sebut macam ni bila pergi shopping complex atau pasar malam..

"Cantiknya kain ni!, bagus jugak kualiti dia" , "Wahh, best2 la kain ni."

Kebanyakan orang terutama wanita pasti tertarik dengan kain yang menarik. Betul?

Tapi adakah anda tahu anda boleh cari barang-barang ini secara online? 
Ya, buat tinjauan harga barangan direct berurusan terus dengan pihak PEMBEKAL!

Baiklah, korang bukak website ini --> Lubuk Borong Murah . Tak ramai yang tahu boleh dapat lebih murah.

Tengok2 dulu, tak paham tanya.

Penangan Lagenda Otak - Otak!

on 10 February 2014

Perniagaan yang pernah aku ceburi sebelum ni macam-macam dari produk dropship,printing,produk fizikal dan lain-lain.

Mai sini aku cerita serba sikit tentang bisnes kecil-kecilan aku ni. Aku bukanlah dari backround bisnes, aku cuma seorang bekas graduan dalam bidang diploma multimedia.

Aku mula minat bisnes sejak umur 19 tahun lagi dan aku bermula dari situ. Takda perniagaan yang mudah dalam dunia ni!

Bila macam-macam aku buat so dah macam-macam lah aku rasa penangannya,penendang kiri kanan depan belakang. Jangan nampak gula2 ja. :)

Tahun 2014, mungkin dah tiba aku bangkit kembali dari kegagalan masa lalu. Aku mula mengasaskan perniagaan berlandaskan industri makanan.

Siapa cakap nak percayakan masyarakat senang? Payah! Bak kata sifu aku, "ko tak kan rasa nikmat kejayaan jika ko belum rasa sakit kegagalan." Ya, ini statement memang makan dalam.. 


Alhamdulillah, awal january 2014 aku mulakan langkah sebagai usahawan industri makanan otak-otak yang aku namakan "Lagenda Otak-Otak".

Sambutan setakat ini amat menggalakkan berdasarkan testimoni yang aku da dapat. Ada yang menempah untuk jamuan kenduri tahlil, kenduri kahwin dan lain-lain.

Setakat ini antara badan-badan korporat yang telah pun rasa kesedapan berganda "Lagenda Otak-Otak" ni seperti KRU STUDIOS, TOURISM MALAYSIA & YELLOW PAGES.

Cawangan "Lagenda Otak-Otak" juga telah dibuka di beberapa kawasan untuk percubaan awal seperti di Sg.Buloh dan Taman Desa.


Untuk projek akan datang, "Lagenda Otak-Otak" telah berpeluang menjadi salah satu penaja untuk gathering terbesar blogger 2014 iaitu Sepetang Bersama Blogger & Yeous 2014 bertempat di Saloma Bistro Matic, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 ini.

Pada yang dah mendaftar di #SBB2014 #SBBYEOUS2014 , tahniah dan anda rasalah sepuas-puasnya "Lagenda Otak - Otak" ini disana! 

Etika menjamin imej perniagaan

on 9 February 2014

Kebiasaannya dalam skill menjual, kita kebiasaannya mencari ‘sesuatu’ entiti untuk menaikkan imej produk kita.

1- Agent takaful akan cuba menakut-nakut prospek dengan bil hospital yg mahal, akan cuba membuat graf coverage wang ringgit sekiranya eksiden dan sebagainya.
2- Agent emas akan cuba membanding-bandingkan pelaburan emas dengan pelaburan ASB dan unit trust yang lain.
3- Produk Syarikat A akan memberi preskripsi bahawa produknya lebih bagus berkali ganda
dari produk Syarikat B yang masuk market sebelum itu.
Market minuman isotonik dimonopoly oleh jenama 100PLUS.
Kemudian, market ini terpecah kepada dua bahagian dengan masuknya jenama Revive.
Pernah tengok iklan Revive ?
Pernah tengok iklan Revive merendah-rendahkan produk 100PLUS ?
Pernah tengok sabun Daia ?
Pernah tengok sabun Bio Zip ?
Pernah tengok sabun Dynamo ?
Adakah mereka mencari ‘entiti’ untuk dijadikan kambing hitam, semata-mata untuk mencantikkan imej produk pencuci mereka ?
Ada 2 jenis seller :
Jenis 1
 > Penjual yg mahukan duit sahaja, produk itu sebagai kayu sahaja.
Jenis 2
> Penjual yang jual produk yang bermanfaat kepada pelanggan, duit baginya no 2.
Anda boleh lihat, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara peniaga Jenih 1 dan Jenih 2.
> Perbezaan dari segi produk jualan.
> Perbezaan dari segi Ayat pemasaran
> Perbezaan dari segi customer support.
Tidak kesah anda peniaga jenis 1 atau jenis 2.
Dalam niaga, ada etikanya.
Welcome to the business world, when comes to money, people will be greedy.
Tidak kesah anda peniaga jenis 1 atau jenis 2.
Bukan saya yg menanggung makan pakai anda,
Dalam niaga, ada etikanya…
Beruntunglah sesiapa yg mengikut etika Islam..
Mengapa orang tak jual madu, walaupun madu adalah ibu segala ubat ?
A – Kerana madu murah di tepi jalan. di TESCO pun bersepah madu.

Orang cuma mahu duit sahaja.Orang tak mahu RISIKO + USAHA.

on 8 February 2014


Yaakob dan Jeman sedang menimba telaga…
Timba pi, timba mai, dekat dua jam sakit urat belakang pa bala.
Maka penuhlah ikan dalam kubang tersebut,
tiba-tiba, berduyun duyun penduduk kampung turun
sama menangkap ikan hasil penat lelah Yaakob dan Jeman.
Yaakob dan Jeman buat bodo ja lah, sebb masih bujang.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Perkara itu sudah normal dan lali dalam dunia perniagaan,
orang cuma mahu ‘ikan’ (duit) , orang tak mahu RISIKO + USAHA.
1- Yaakob dan Jeman menimba, tiba-tiba sekoq ikan pun takdak dalam kubang tu.
Dapat penat + masa terbuang sahaja lah.
2- Sebab takmau penat + takmau masa terbuang

> Penduduk kampung Wait N See.

Ada ikan kami turun sapu, takdak ikan kami menyembang bawah pelenggaq sudah lah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Yaakob dan Jeman merupakan perintis market.
Mereka mengambil risiko membuka channel,
mengambil risiko penat lelah untuk mencari ikan.
Penduduk kampung ada 2 jenih :
Jenih 1
> Sekiranya ada ikan, penduduk kampung akan terjun tibai ikan sekali dalam telaga yang sama.
Jenih 2
> Penduduk kampung yg cerdik sikit, akan cari telaga baru dan buat apa yg Yaakob
dan Jeman buat di telaga no satu tadi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Berger Bakaq Abang Burn merupakan perintis market berger bakaq.
Kat kampung aku sebelum ni ada berger biasa sahaja dan berger goreng.
Pup pap pup pap, keluar Berger Bakaq Abang Bern.
* pastu kat kampung aku, keluar berger Kukus,
tak sedap pun, tapi usahanya harus dipuji kerana menimba telaga baru.
OraWhite merupakan perintis kepada produk memutihkan kulit dengan serbuk collagen, stemcell pa bagai tu.
Pup Pap Pup pap,
keluar lambakan produk puteh jenih Penduduk Kampung Jenih 1.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Meniru dalam exam adalah SALAH, meniru dalam bisnes ?
ikut suka hangpalah..
Lain sekolah, lain teknik menirunya..
Antara idea gua adalah :
1- Air bandung
> Sirap + Susu tin = Air Bandung.
Menu baru untuk meniaga bazar Ramadhan tahun depan :
Sirap + Gula Merah + Santan
= Air Bandung yg lebih berlemak, ( maka lakulah produk kurus.)
2- Cendoi.
> Cendoi + Santan = bersepah sepah.
Gantikan santan dengan :
Cendoi + Air Soya = meniaga kat Medan Selera Pekan Rabu.
3- Waffle + Mayonis + Serunding = Sedap.
Roti + Sardin + Salad = Sedap.
Why not Roti + Mayonis + Serunding = sedap dak tau ?

Nak Bertahan Dalam Bisnes? Nah! Baca Dan Hadam..

on 6 February 2014


Apa beza kena ada FEEL/PASSION atau menjiwai terhadap sesuatu produk,VS Motivasi menjual untuk dapatkan duit semata-mata ?
Rata-rata peniaga Melayu mampu membuat produk yang baik, berkualiti dan sedap-sedap,
tetapi masih belum mampu menembusi pasaran. Di mana silapnya, entahler.
Menjiwai produk adalah apabila kita menyelami kebaikan produk kita,
untuk membantu lebih ramai orang. Duit itu datangnya no DUA.
Case study :
Agent Takaful yang buat takaful semata-mata mahu mencari passive income,
kebanyakkan tak tahan lama. Timbul tenggelam.
Agent takaful menjiwai produk sebab nak membantu orang dengan payungan takaful,
kebiasaannya akan bertapak lebih lama.
Motivasi dapatkan duit ini berbeza. Ada orang dapatkan dengan cara usaha keras,
ada usaha mudah, usaha klepet dan macam mcam lagi. target utama = DUIT.
Jadi, dia akan cari sesuatu produk/entiti untuk dapatkan duit.
Enter at low price, then sell at high.
Apabila kita buat sesuatu demi duit, maka apabila datang sesuatu halangan,
kita akan mudah berputus asa,dan nak lompat ke produk buat duit yang terbaru.
Case Study :
Kenaikan harga Pos Malaysia untuk international telah menabur pasir ke dalam periuk geng ebay.
Kemudian ebay pun dah ketatkan rules untuk ebayer dari Malaysia,
*apa yang saya perhatikan, masih ada ebayer yang masih bertahan.
Dan sudah ramai beralih arah untuk mencari sumber
buat duit yang terbaru pula.
**************************************
Perbezaan ketara antara orang yang menjiwai produk VS Motivasi Duit adalah:
Orang yang menjiwai produk akan berusaha mengembangkan produknya agar volume jualan meningkat.
Volume meningkat = Sales meningkat.
Orang yang buat kerana mengejar duit semata-mata, produk itu sebagai ‘kayu’ sahaja,
lazimnya akan tertarik dengan produk-produk yang mampu memberikan kadar untung yang besar.
Bila dah rasa produk itu tidak mampu terjual,
dia akan cari produk lain lagi untuk menjana wang.
Target utama manusia, adalah untuk
meneruskan kelangsungan hidup.
Keperluannya adalah duit.
Cara mendapatkan duit itu adalah berbeza setiap orang…
Ada yang menambah value hidup orang lain,
ada yang mengkelepet hidup-hidup orang lain.
Rezeki itu adalah hak milik ALLAH,
bagaimana dapat, akan dipersoal,
bagaiamana belanja , akan disoal jugak.
terima kasih cikgu-cikgu business, yang telah memberi nasihat dan pengajaran.
I want to educate my team members to feel the product,share the benefit of the product with the others.

PRODUK SUPERR HOT STUFFF. KAU ADA?


Produk ini adalah produk SUPER HOT STUFF, tetapi :
- untung sikit
- tak glamour untuk dijuai.

UBI kayu, keledek, kentang PISANG kayu, awak, emas, rastali
Prospek :
1. Makcik buat kueh karipap, lepat ubi
2. Peniaga roti canai kuah ubi
3. Masakan yg ada kentang dalam tu.

>> juai kepada pengusaha kerepek ubi dan kepek pisang
>> juai kepada makcik gorpis tepi jalan
>> juai kepada geng ferozen food karipap pa tuh

Geng2 karipap frozen tu pun penin pala nak cari mana supplier ubi.
cek tau la, pi sembang dah hari tu nih.. tapi tak beli pun karipap depa.

Tumbuhan > Tikus > Ular > Helang.
Tumbuhan > Peniaga
Tikus > Pemborong
Ular > Peladang/Importer
Helang> Sumber luar /Peladang.
Kita juai kat ULAR der..
kita juai kat pemborong..nak juai kat peniaga pun buleh …tarak hai aih..
juai kat pemborong = volume besar, tapi untung sikit = cepat habih
Juai kat peniaga > volume kecik sikit, tapi untung besar sikit = lambat sikit nak habih
++++++++++++++++++++++++++++
1- Berapa ramai Makcik buat kueh tradisi di daerah anda ? 1 orang ? 10 orang ? Berapa kg ubi digunakan untuk sumbat dlm karipap depa tu ?
2- Pengusaha kantin, katering, isi rumah, kenduri kendara adalah prospek terbaik juga untuk pasaran ubi neh.
++++++++++++++++++++++++++++
Susah ka nak juai ?
Susah ooo..
aku taip senang ar…
p/s- harga ubi mahai la nih, sebb tu karipap dok muhong ja kalau beli…Inti sikit, tepung tebai.

Meniaga Nampak Untung Saja? Sembang Lebih La!

on 5 February 2014


Sembang raya dengan kengkawan..
Kawan : Hang meniaga noh. Mesti duit banyak..Bila nak belanja ?
Aku      :  tak berapa nak dapat untung lagi ni..baru dok mula.
Kawan : Hissh, meniaga takkan tak buleh untung ? kata meniaga
Aku      :  (–_-)”
Topik dimulakan…
Aku : Ok, hangpa bagi RM20,000 sorang, kemudian dapat produk, nilai keseluruhan RM35,000. Nak buat tak business ni ?
Kawan 1 : Boleh untung ka ?
Kawan 2 : Biar betui untung sampai tera tu ?
Kawan 3 : tak kena tipu ka ?
Aku  : Wah, time aku ajak hangpa buat business, tahu pulak kira untung rugi, tahu pula tipu itu ini. Time aku meniaga, nampak UNTUNG ja ka ??

Jangan Jadi Pakar Kelentong


Anda adalah pakar dalam kerja yang anda lakukan, walaupun berniaga karipap.

Jadilah pakar karipap..

Bandingkan apa yang berada di sekeliling kita sebagai contoh caj perubatan,

Hospital Kerajaan = Biasa

Hospital Swasta    = Mahal

Hospital Pakar      = Lebih mahal

---

Sekarang, dah tahu kenapa perlu menjadi pakar dalam sesuatu bidang kerja? :)

Sejauh Mana "Value" Diri Anda?


“Dia modal besar, boleh lah berjaya cepat! Aku ni nak beli barang dapur pun kena bercatu.”

Ya, aku tak nafikan, siapa yang mempunyai modal wang ringgit yang besar pastinya ada kelebihan berbanding dari yang sikit modalnya.

Tapi, tahukah anda, modal besar saja tak menjanjikan keuntungan yang besar. 
Lihat saja di sekeliling anda, berapa ramai usahawan yang gagal walaupun modalnya besar.

Ramai yang akhirnya terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi!

Yakinlah, diri anda sendiri adalah modal utama dalam apa jua perniagaan yang anda usahakan.

Duit hanyalah duit, duit tiada akal.
Anda yang mengurus dan mengawal duit itu.

Oleh itu, sebelum anda terlalu mencuba untuk mencari modal wang ringgit yang besar, apa kata, tingkatkan dulu ‘nilai’ diri anda. Kenapa?

Supaya diri anda sendiri menjadi modal utama dalam perniagaan,
bukan wang ringgit semata-mata.


Tak semestinya ilmu niaga, ilmu blogging pun sama. Blogging pun salah satu cabang bisnes kan?

Bagaimana caranya?

Pergilah menuntut sebanyak ilmu dari mereka yang berpengalaman. Knowledge is POWER. 
Member Of Denaihati Network