Bersantai & Bermalam Diatas Kapal Star Cruises

on 22 February 2014

Pengalaman mengujakan apabila kali ini aku berpeluang menaiki kapal besar atau lebih dikenali sebagai "Star Cruises".

Perjalanan memakan masa lebih kurang dalam 4-5 jam dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang bersama kumpulan "Sahabat Media".




Pelayaran bersama "Star Cruises" dimulai dari Pulau Pinang sehingga ke perairan antarabangsa. Setibanya berada diatas kapal, aku dapat lihat sendiri bagaimana konsep sebuah kapal dan hampir menyamai sebuah kapal dalam filem "Titanic".



Paling mengasyikkan apabila tibanya waktu malam yang mana kita boleh lihat suasana penuh warna warni yang menyinari setiap pelusuk kapal "Star Cruises" ini.

Bila bercakap pula tentang ruang tidur, bilik yang disediakan ini boleh dikatakan tidak mengecewakan walaupun agak kecil pada tanggapan aku sendiri. 

Bilik ini boleh muat dalam 2 - 4 orang dan lengkap dengan peralatan asas bagi sebuah bilik.




Bagi peminat dunia fotografi, tidak asing lagi apabila bangun lebih awal untuk merakamkan sendiri detik "sunshine" di awal pagi, gambaran ini diambil sekitar dalam pukul 7.00 pagi dan langit mula kelihatan cerah.



Bagi aku peluang sebegini bukannya selalu boleh dapat dan merasai sendiri belayar dan bermalam bersama "Star Cruises" adalah salah satu pengalaman yang anda boleh rasai sendiri bersama keluarga dan menjadikan sebagai salah satu percutian bulan madu.
Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Nur Misnan said...

Hoho... memang look awesome. Relaxkan minda sambil berzikir mlam2 dlm suasana mcm ni bestnya

Nanti turn kak nowa plak p.. yahooo


22 Feb 2014, 20:28:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

tenangkan jiwa, bermusahabah diri..

boleh kak.. inshaallah.. angin kuat malam2..


22 Feb 2014, 20:34:00 Reply To This Comment
ima salsuzaima said...

bestnya..memang x mampu la kalau nk ke sana..hihi


22 Feb 2014, 22:23:00 Reply To This Comment
akubiomed said...

Tidak pernah naik kapal untuk perjalanan jauh. Kali terakhir naik bot house menyusuri sungai Murray di Adelaide, Australia beberapa tahun lalu.


22 Feb 2014, 23:07:00 Reply To This Comment
Malaysia Tercinta said...

Wah bestnya naik cruise ship.


23 Feb 2014, 00:56:00 Reply To This Comment
Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin said...

BESTNYA!!!! tapi ada yang star cruise libra tu yang halal kan makanan. nak kena cuba.. berapa ye semua?

jemput singgah http://iluvtour.com


24 Feb 2014, 21:52:00 Reply To This Comment
Nadia Johari said...

cantiknyer weeii


2 Mar 2014, 23:44:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network