Nak Bertahan Dalam Bisnes? Nah! Baca Dan Hadam..

on 6 February 2014


Apa beza kena ada FEEL/PASSION atau menjiwai terhadap sesuatu produk,VS Motivasi menjual untuk dapatkan duit semata-mata ?
Rata-rata peniaga Melayu mampu membuat produk yang baik, berkualiti dan sedap-sedap,
tetapi masih belum mampu menembusi pasaran. Di mana silapnya, entahler.
Menjiwai produk adalah apabila kita menyelami kebaikan produk kita,
untuk membantu lebih ramai orang. Duit itu datangnya no DUA.
Case study :
Agent Takaful yang buat takaful semata-mata mahu mencari passive income,
kebanyakkan tak tahan lama. Timbul tenggelam.
Agent takaful menjiwai produk sebab nak membantu orang dengan payungan takaful,
kebiasaannya akan bertapak lebih lama.
Motivasi dapatkan duit ini berbeza. Ada orang dapatkan dengan cara usaha keras,
ada usaha mudah, usaha klepet dan macam mcam lagi. target utama = DUIT.
Jadi, dia akan cari sesuatu produk/entiti untuk dapatkan duit.
Enter at low price, then sell at high.
Apabila kita buat sesuatu demi duit, maka apabila datang sesuatu halangan,
kita akan mudah berputus asa,dan nak lompat ke produk buat duit yang terbaru.
Case Study :
Kenaikan harga Pos Malaysia untuk international telah menabur pasir ke dalam periuk geng ebay.
Kemudian ebay pun dah ketatkan rules untuk ebayer dari Malaysia,
*apa yang saya perhatikan, masih ada ebayer yang masih bertahan.
Dan sudah ramai beralih arah untuk mencari sumber
buat duit yang terbaru pula.
**************************************
Perbezaan ketara antara orang yang menjiwai produk VS Motivasi Duit adalah:
Orang yang menjiwai produk akan berusaha mengembangkan produknya agar volume jualan meningkat.
Volume meningkat = Sales meningkat.
Orang yang buat kerana mengejar duit semata-mata, produk itu sebagai ‘kayu’ sahaja,
lazimnya akan tertarik dengan produk-produk yang mampu memberikan kadar untung yang besar.
Bila dah rasa produk itu tidak mampu terjual,
dia akan cari produk lain lagi untuk menjana wang.
Target utama manusia, adalah untuk
meneruskan kelangsungan hidup.
Keperluannya adalah duit.
Cara mendapatkan duit itu adalah berbeza setiap orang…
Ada yang menambah value hidup orang lain,
ada yang mengkelepet hidup-hidup orang lain.
Rezeki itu adalah hak milik ALLAH,
bagaimana dapat, akan dipersoal,
bagaiamana belanja , akan disoal jugak.
terima kasih cikgu-cikgu business, yang telah memberi nasihat dan pengajaran.
I want to educate my team members to feel the product,share the benefit of the product with the others.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

azwan said...

satu perkongsian yang menarik bro. betul tu, kena faham dan jiawai produk/barangan yang kita jual...baru boleh survive..

tapi bila kita berniaga berkiblatkan duit semata, itu yang akan gagal dan tak kekal lama.


6 Feb 2014, 23:53:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network