Minyak Wangi Beralkohol Boleh Dipakai Bawa Solat Atau Tidak?

on 24 March 2014

Pakai minyak wangi adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan kita berwangi-wangian ketika bersolat. Bermacam-macam jenis minyak wangi ada dijual dipasaran dan ada yang murah serta yang mahal.

Sejauh mana kehalalan minyak wangi ini untuk dibawa sembahyang bagi umat Islam?


Aku pernah mengkaji isu dan persoalan ini dengan beberapa individu yang mendalami ilmu syariah. Bila kita sentuh isu alkohol sudah tentu kita semua akan fikir HARAM kerana berkaitan dengan isu arak.

Tahukah anda minyak wangi beralkohol boleh dibawa sembahyang? Dan bukan semua jenis alkohol adalah tak sah dibawa ketika solat? Ini yang menjadi persoalannya.

Alkohol ada 2 jenis, 

1. Untuk membuat arak
2. Dibuat secara sains

Dan ada berbeza pendapat dalam penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat. Pandangan yang tegas mengatakan tidak boleh dan ada berpendapat tidak ada masalah. Sebab kalau minum/terminum minyak wangi bukan boleh buat mabuk sebagaimana minum alkohol(arak).

Seperti minyak wangi yang ada dipasaran, kita dapat lihat yang mana ada yang tertera logo pada kotak minyak wangi dan ada yang tiada logo pengesahah halal.

Persoalan tentang ini ada diajukan kepada aku dan aku hanya boleh jawab yang itu kita kena kaji tengok bahan apa yang digunakan. Tapi bagi aku lebih baik ambil yang ada logo dan disahkan halal kandungannya.

Aku sendiri sebelum ini tak tahu dan ingat tak boleh bawa solat tapi bila dah dapat penjelasan baru faham yang mana alkohol(arak) dan alkohol(minyak wangi) adalah lain. Semua minyak wangi menggunakan alkohol yang sama tetapi  campurannya ada yang berbeza dan mungkin yang ini menyebabkan ada minyak wangi tak sah dibawa solat oleh kerana campuran kandungan yang lain.

Minyak wangi yang beralkohol boleh dibawa solat jika dipakai dalam kuantiti yang sedikit(tidak berlebihan).

Jadi kesimpulannya boleh tanya lagi pada yang lebih arif atau golongan alim tentang isu ini dan jika kita berasa ragu2 seeloknya pilih yang tidak beralkohol seperti minyak atar, selain tak was-was ianya sunnah.

Wallahualam.
Ranking: 5

{ 21 comments... read them below or add one }

edisi said...

info yang berguna untuk dikongsi kan...


24 Mar 2014, 11:44:00 Reply To This Comment
Unknown said...

Perkongsian yang bagus, selain wangian kadang-kadang kita ambil ringan tentang pakaian ketika kita solat. Kita tak sedar ada pakaian yang boleh menganggu jemaah lain untuk solat, contoh pakaian yang mempunyai tulisan dibelakang. Kadang-kadang kita juga tak sedar yang baju kita pakai terlalu singkat sehingga menampakkan aurat dan membuat solat kita terbatal.

Dua benda inilah yang kita selalu terlepas pandang ketika mendirikan solat.

Entri terbaru di blog Muhammad Helmi Segmen : Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah


24 Mar 2014, 12:46:00 Reply To This Comment
Denaihati said...

pernah jadi isu dulu pasal minyak wangi beralkohol, hukumnya harus.


25 Mar 2014, 11:48:00 Reply To This Comment
eyriqazz said...

Better elakkan, tak gitu


25 Mar 2014, 17:09:00 Reply To This Comment
titan said...

aku jarang pakai minyak wangi. pakai bedak bayi je.


25 Mar 2014, 18:58:00 Reply To This Comment
Kamil Salleh said...

Lebih baik elak daripada memakainya, takut2 ia terkandung bahan2 yang haram.


26 Mar 2014, 00:23:00 Reply To This Comment
ieta mat sa'ad said...

Sebenarnya perkara ini adlh percanggahan pendapt sahaja.

Kita boleh berbalik kepada Hadis nabi ada bersabda yg brmaksud "tinggalkan apa yg meragukan kpd apa yg tidak meragukan". Jika ragu tinggalkan sahaja. Tak perlu peningkan kepala sebab Islam itu mudah.

Saya pernah bertanya perkara ini kepada Ustaz yang arif. Jawapannya ialah "Minyak wangi spray tidak akan dapat diproses tanpa campuran alkohol. Ternyata sudah alkohol adalah haram even dalam kuantiti yg sedikit wlupun tidak memabukkan. Alternatif lain minyak wangi ni banyak... Boleh cari.


7 May 2015, 22:48:00 Reply To This Comment
julia Bergstrasser said...

apakah anda ingin memiliki bisnis sendiri? atau memiliki rumah pilihan Anda? pedro jerome menawarkan pinjaman 2 tingkat dengan pembayaran pinjaman yang fleksibel sesuai dengan pinjaman individu dan hak internasional, pinjaman saya diberikan dengan sekejap mata ketika saya mengajukan $800,000.00 untuk memperluas bisnis pakaian saya jadi saya akan menyarankan siapa pun di sini mencari bantuan keuangan untuk menghubungi pedroloanss@gmail.com atau whatsapp nomornya di +18632310632. semoga beruntung.


12 Feb 2022, 22:29:00 Reply To This Comment
F3059Tiffany67C38 said...

709B0
%20 indirim kodu


7 Dec 2023, 08:13:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network