Spritzer Blogger Trip Terjah Kilang Di Taiping.

on 2 March 2014

Sebelum berlepas ke Taiping pada pukul 8.00 pagi

Semalam, aku dan beberapa orang blogger lain berkesempatan untuk melawat kilang Spritzer bertempat di Taiping, Perak.



Sesi briefing program yang akan dilaksanakan

Antara blogger yang turut serta dalam Spritzer Blogger Trip seperti Bro Framestone, Ben Ashaari, Ariff Shah, Azfar Roslan, Melastik Bintang, Hafiz Rahim , Izzatie Ghafur, Nannie Isa, Yantee Lee, Deq Noor, Eazzy Izzudin, Ayue Jer, Nazlan, Hisyamuddin Fadzil, AkuBio Med, Maznizam, Zayani, Anarm Khairul dan Saiful Naim.

Singgah makan tengah hari di Flamington Hotel

Selamat tiba di kilang Spritzer

Rombongan Spritzer Blogger Trip tiba dalam pukul 2 petang, aku dan rakan blogger lain disambut meriah oleh pekerja spritzer. Menurut info yang aku dapat, kilang Spritzer ini memiliki keluasan seluas 330 ekar bersamaan lebih besar dari padang bola sepak atau sama dengan 330 buah padang bola sepak. Betapa luasnya kilang Spritzer ni!

Kilang Spritzer ini terletak bersebelahan dengan Lembaga Air Perak(LAP) dan lojinya seluas lebih kurang 200 ekar.

Kedalaman yang dimiliki untuk punca air mereka(spritzer) adalah lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah. Korang bayangkan sendiri betapa dalamnya punca air spritzer.
Menariknya, air yang mereka gunakan adalah 100% dari bawah tanah.

Kepelbagaian jenis produk yang ada di pasaran

Kebaikan Minum Air Minuman Spritzer

1. Kandungan silikon/ Asid Ortosilisik(OSA) yang tinggi dapat menyekat penyerapan aluminium dan mencegah dari penyakit alzheimer(hilang ingatan)

2. Menjadikan rambut dan kuku yang lebih sihat, kulit yang menjadi semakin cantik dan anti-penuaan serta tulang yang lebih kukuh.

Sudah semestinya air minuman Spritzer ini adalah HALAL, dengan adanya pengesahan sendiri dari JAKIM dan turut disahkan kualiti dan ketulenannya dari badan lain seperti SIRIM, HACCP dan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Antara produk Spritzer yang berada di pasaran seperti Spritzer Mineral Water, Spritzer Fibre, Spritzer Tinge, Spritzer Pop(untuk kanak-kanak) dan lain-lain lagi,

Penganugerahan kepada syarikat Spritzer

Antara anugerah yang telah Spritzer perolehi setakat ini adalah seperti Reader's Digest Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut-turut dan merupakan satu-satunya jenama air mineral yang dianugerahkan oleh Reader's Digest. 

Selain itu, Spritzer turut dianugerahkan "Frost & Sullivan Asia Pacific Bottled Water Company Of The Year" iaitu selama 4 tahun berturut-turut. Malah turut diiktiraf sebagai "Best Brands Signature Award" oleh The Brandlaureate serta tercatat dalam "Malaysia Book Of Record" sebagai kilang pembuatan air botol yang terbesar di Malaysia.

Kaedah pemprosesan yang dilaksanakan oleh Spritzer, mereka memiliki mesin yang beroperasi secara automatik sepenuhnya. Spritzer Blogger Trip difahamkan, lebih 300 unit botol dibungkuskan dalam masa 7-8 minit dan pemprosesan ini berterusan selama 24 jam.

Selain itu, Spritzer juga dalam pembangunan membangunkan taman rekreasi yang dijangka siap pada bulan Jun 2014 ini. Antara yang menarik yang taman rekreasi ini adalah akan dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan di Taiping

Selain turut menyediakan tapak golf mini dengan 18 lubang kesemuanya, taman rekreasi ini turut menyediakan kemudahan lain untuk kesenangan para pengunjung seperti kafeteria, kedai cenderamata, audotirium & gallery serta membuka sesi lawatan kilang yang terbuka kepada orang awam mengikut masa yang akan ditentukan.

LIKE facebook page rasmi Spritzer di Spritzer Malaysia
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Nadia Johari said...

kenyang minum spritzer je bro..hehe..huntuglaa..


2 Mar 2014, 23:16:00 Reply To This Comment
Noor Atikah Ramli said...

taktau la pulak kt Taiping ade tempat tu . hahahhaa . nnt nak pegi la . Ipoh-Taiping dekat je kot .


3 Mar 2014, 09:40:00 Reply To This Comment
Yan Ty said...

kembong peyut minum air tak yang dapat tu? Oppsss


3 Mar 2014, 12:21:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network