Coklat Pepero Meragukan

on 18 March 2014

Coklat Pepero, itulah salah satu coklat yang pasti diborong jika ke Langkawi. Aku juga salah seorang yang pernah memborong coklat ini ketika bercuti di Langkawi sebelum ini.

Kali ini aku dapat tahu bahawa status coklat Pepero ini diragui kerana tiada sijil halal, sudah semestinya bab halal haram ini pasti dipandang serius sebagai seorang yang beragama Islam.

Jadi mana yang tak tahu tak mengapa tapi jika dah tahu baik ambil tindakan agar tidak lagi beli coklat Pepero ini.

coklat Pepero


Bagi untuk mengetahui kesahihan lanjut status halal coklat kegemaran ramai coklat Pepero ini, aku telah menjenguk sebuah page di facebook yang diberi nama Sahabat Halal yang memberikan info lanjut mengenai coklat Pepero.



Ada beberapa point penting yang mengukuhkan lagi keraguan status halal coklat Pepero ini iaitu :

1. Tiada status halal dari mana-mana Badan Persijilan Halal.

2. Mengandungi beberapa ramuan yang diragui(syubhah) antaranya WHEY POWDER,GLYCERIN, SODIUM PHOSPHATE & SHORTENING.

Apabila kandungannya diragui dan status halal pula tiada maka HARUSLAH dielakkan membeli produk begini.

Jika ada lebihan dari yang telah korang borong sebelum ini, berilah pada sahabat2 yang bukan beragama Islam.

"Menjauhi Yang Syubhah Adalah Lebih Baik"


Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Unknown said...

terasa macam nak makan cekelat ni... :P


18 Mar 2014, 20:06:00 Reply To This Comment
Unknown said...

EMM....dah termakan....


20 Mar 2014, 09:08:00 Reply To This Comment
Admin said...

Bila rasa ragu2 ..memang patut dielak dan dijauhkan. :) lagipun banyak lagi produk yang ada sijil pengesahan halal. Pepero hijau walaupun ada dakwa bahawa ia dari sumber tumbuhan, tapi kewajaran ia mempunyai pengesahan sijil sah halal tetap perlu.


27 Mar 2014, 20:40:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network