Pengalaman Ulang Paper SPM Kali Kedua

on 21 March 2014



Ketika di sekolah menengah, aku adalah seorang pelajar yang beraliran akaun. Waktu tu subjek tambahan adalah akaun,ekonomi asas dan add math.

Dalam banyak-banyak subjek, addmath lah rangking pertama paling sukar dalam sejarah akademik aku. Betapa susahnyalah nak score subjek addmath. Tak percaya? Cuba korang ambil sekali lagi. hehe.

Aku nak dikatakan seorang pelajar cemerlang tak jugak apatah lagi tercorot jauh menyimpang dari jalan sebenar.

Itulah serba sedikit cerita mengenai sebelum ambil spm, sory lah aku merepek jauh benor.

Seperti pelajar lain, aku tak dapat lari dari perasaan dub dab ketika ambil exam. Paling aku risaukan adalah subjek addmath dan akaun. Dua subjek ini bagi aku agak perit nak score tapi segala usaha dah dilakukan, berserah padaNYA lah ketika itu.

Bila dah dapat result, keputusannya memang agak mengecewakan. Disebabkan kredit aku tak cukup dan tak lepas untuk sambungkan pengajian ke universiti. Sedih memang sedih. Kredit yang aku dapat adalah 4 sahaja sedangkan syarat ketika itu untuk sambung pengajian adalah 5 kredit.

Aku stress sebab nak sambung pengajian ke kolej swasta akan dikenakan kos yang sangat tinggi, ketika itu ibu bapa aku tak mampu nak menyara kos pengajian walaupun aku dapat tawaran ke kolej swasta.

Setelah difikirkan banyak kali, akhirnya aku buat keputusan untuk ambil sekali lagi paper subjek addmath dan akaun untuk mencukupkan 5 kredit.

Kenapa aku repeat paper akaun jugak? Sebab aku tak puas dengan result aku dapat dan aku nak ubah.

Masa tu aku ambil tusyen dari rumah selama setahun, malu tu aku tolak ketepi walaupun sahabat lain dah melanjutkan pelajaran. Motivasi aku terumbang ambing ketika itu dan aku hanya fikir nak cepat ambil paper spm kali kedua.


Setelah berhempas pulas, keputusan spm kali kedua aku dapat lebih baik subjek addmath tu. Manakala result subjek akaun tetap sama. Huhu.

Akhirnya aku dapat menyambungkan pengajian ke peringkat Institut Latihan Perindustrian(ILP) di Banting Selangor.

Sekarang, alhamdulillah. Aku memiliki kerjaya yang baik walaupun LEWAT sambung pengajian iaitu rugi 1 tahun.
Ranking: 5

{ 33 comments... read them below or add one }

Denaihati said...

bila tak mudah putus asa, insyaAllah kejayaan akan diberikan olehNya,


21 Mar 2014, 21:21:00 Reply To This Comment
Sam said...

Boleh ke repeat addmath... Aq macm kau jgk gagal admth.. Same aliran jgk macm kau.. Amik akaun ngn admth... Nak maauk exam 2 paper tu paling takut...


9 Mar 2016, 22:46:00 Reply To This Comment
Jea.Fz said...

Salam. Actually sy pun bercadang nak repeat dua subjek tu sebab macam takleh move on dgn result lepas 😂 bole tak citer sikit process nak apply untuk repeat tu ? Ni email sy. scarlet.eiyzza@gmail.com


11 Jul 2016, 19:26:00 Reply To This Comment
Jea.Fz said...

Salam. Actually sy pun bercadang nak repeat dua subjek tu sebab macam takleh move on dgn result lepas 😂 bole tak citer sikit process nak apply untuk repeat tu ? Ni email sy. scarlet.eiyzza@gmail.com


11 Jul 2016, 19:27:00 Reply To This Comment
julia Bergstrasser said...

apakah anda ingin memiliki bisnis sendiri? atau memiliki rumah pilihan Anda? pedro jerome menawarkan pinjaman 2 tingkat dengan pembayaran pinjaman yang fleksibel sesuai dengan pinjaman individu dan hak internasional, pinjaman saya diberikan dengan sekejap mata ketika saya mengajukan $800,000.00 untuk memperluas bisnis pakaian saya jadi saya akan menyarankan siapa pun di sini mencari bantuan keuangan untuk menghubungi pedroloanss@gmail.com atau whatsapp nomornya di +18632310632. semoga beruntung.


12 Feb 2022, 22:30:00 Reply To This Comment
A8088Alissa7C799 said...

4C618
sightcaresite.com


17 Dec 2023, 09:47:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network