SBBYEOS2014 Medan Lubuk Emas Blogging Asia Tenggara

on 14 March 2014

Asalamualaikum,

Pada 8 Mac yang lalu, berlangsungnya SBBYEOS2014 bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang Kuala Lumpur.


Bagi diri aku sendiri, ini kali kedua aku menyertai gathering SBBYEOS2014 seperti ini yang menghimpunkan seluruh blogger di Asia Tenggara.


Selain daripada bertukar pendapat dan pandangan, para blogger yang hanya kenal melalui dunia maya dapat bertemu empat mata seterusnya memperkenalkan diri dengan blogger-blogger yang lain di SBBYEOS2014

Bukanlah untuk menunjuk ego siapa yang lebih popular dan terkenal di laman sosial, tetapi SBBYEOS2014 seperti ini aku lihat tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Semua sama taraf dan hadir semata-mata bermatlamatkan untuk berkenalan, beramah mesra dan bertuka idea berkaitan dunia blog.

Aku sampai ke SBBYEOS2014 di Saloma Bistro tepat jam 8.00 pagi untuk hantar otak-otak. So far memang awal lah jadi sempat jugak lah tengok meja mana yang aku dapat masa hari tu.

Syabas aku ucapkan pada team DenaiHati kerana bertungkus lumus menjayakan SBBYEOS2014 ini dari A-Z, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sambutan sangatlah mengagumkan!

Kak Rokiah & Mr Kid






Apa yang menarik adalah perkongsian dari blogger terkenal seperti Ben Ashaari, Red Mummy, Zarul Umbrella dan Hazman Fadzil yang mana masing-masing mempunyai pengaruh dan pengikut yang tersendiri dalam dunia blog di Malaysia. Jadi di SBBYEOS2014 inilah dijadikan sebagai platform untuk berkongsi dengan blogger lain.

Turut memeriahkan majlis SBBYEOS2014 adalah duta kepada produk kesihatan dan kecantikan berjenama Ephyra yang sedia turun padang untuk berkongsi cerita dan kebaikan produk termasuklah salah seorang pengguna produk itu sendiri yang dijemput khas untuk berkongsi apa perubahan setelah mengamalkan produk Ephyra.

salah seorang pengguna Ephyra

duta Ephyra Norman Hakim & Memey Suhaiza

Antara perkara yang dikongsikan oleh blogger terkenal di SBBYEOS2014 yang sempat aku catat adalah :

1. Pengurusan masa sebagai part time blogger dalam masa yang sama memiliki kerjaya lain.
2. Waktu efektif update blog pada saat2 tertentu dan tidak mengabaikan keluarga dan urusan harian.
3. Perlu bijak 'curi' waktu untuk menulis blog.

1. Dari menulis ebook kepada menulis blog
2. Minat utama sebelum ini adalah menulis ebook sebelum menjinakkan diri dalam dunia penulisan blog.
3. Sebelum ini gemar bercerita tentang peribadi sebelum berjaya menetapkan niche tersendiri(nyanyian)
4. Sering berkongsi tip-tip nyanyian dalam blog.

1. Foodie blogger masih tak ramai yang ada di Malaysia
2. Perlu bijak ambil peluang yang ada
3. Gemar makan dan berkongsi dengan orang ramai terutama pengunjung blog

Itulah sedikit sebanyak point penting yang berjaya aku kutip ketika di SBBYEOS2014 baru-baru ini. Turut berkongsi tip adalah pengasas produk Sendayu Tinggi.

Mari layan beberapa gambar lain lagi di sekitar SBBYEOS2014 yang sempat aku rakamkan..





Aku yakin dengan semakin ramai yang hadir di SBBYEOS2014, maka penganjuran tahun hadapan pasti akan lebih ramai lagi. Mana tahu sehingga lebih 500 orang pula?
Ranking: 5

{ 13 comments... read them below or add one }

Farid Laham said...

alhamdulilah dah sihat ko :)


14 Mar 2014, 17:22:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

@Farid Laham

alhamdulillah.. tanda peringatan dari Allah juga..


14 Mar 2014, 17:25:00 Reply To This Comment
Paly said...

damai je ati aku bile tngok hang update blog.. moga sihat cpt2 :)


14 Mar 2014, 18:24:00 Reply To This Comment
akubiomed said...

Harap bro didalam keadaan sehat walfiat.


14 Mar 2014, 22:26:00 Reply To This Comment
profhariz said...

Lubuk emas tu yang tak terkalah :)


16 Mar 2014, 19:35:00 Reply To This Comment
Mrs. Solarstreak said...

awalnya sampai !
ohh otak-otak tu best!
haha..

nice to meet you, bro! :)


17 Mar 2014, 19:20:00 Reply To This Comment
Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. tahun depan, kalau panjang umur bolehlah sheila join. heheee


18 Mar 2014, 17:14:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

@Paly

inshaallah.. amin.. thanks kerana mendoakan..


18 Mar 2014, 20:21:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

@profhariz

heheee.. lubuk ilmu yang betulnya.


18 Mar 2014, 20:22:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

@Nurul Atiqah Ahmed

alhamdulillah.. tahu ramai yang xpuas makan..

nice to meet u too atiqah..


18 Mar 2014, 20:23:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

@Sheila Salim

inshaallah.. mudah-mudahan..


18 Mar 2014, 20:23:00 Reply To This Comment
Unknown said...

dapat juga jumpa awak..


28 Mar 2014, 18:19:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network