Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE!

on 27 February 2014


Selepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya  pada tahun lepas, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali dengan Pak Nil sekali lagi  melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat.

Sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutian bersama Pak Nil pada 2013 memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6 April – 9 April 2014 ini.

Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatan beliau sebagai penggiat seni.



Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang berkata, percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.

“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,”

Ditanya mengenai pakej percutian bersama Pak Nil yang akan diadakan pada bulan 6 April ini, beliau menambah bahawa Pak Nil merupakan seorang ikon di Malaysia. Buat mereka yang bakal mengikuti pakej ini pada bulan April nanti, program khas telah dirancang khusus untuk peminat Pak Nil. Selain itu mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Datuk Aznil Hj Nawawi berkata, orang ramai patut mencuba percutian ataskapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini.

“Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu kapal Superstar Libra baru- baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur.

Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan.

Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Mengenai aktiviti di SuperStar Libra, kapal mewah itu menawarkan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.

Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal manakala jemputan istimewa penyanyi dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens.

Persembahan itu di adakan di Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s) menampilkan persembahan ala 80-an.Jika gemarkan suasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinya di Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15.

Bersantai & Bermalam Diatas Kapal Star Cruises

on 22 February 2014

Pengalaman mengujakan apabila kali ini aku berpeluang menaiki kapal besar atau lebih dikenali sebagai "Star Cruises".

Perjalanan memakan masa lebih kurang dalam 4-5 jam dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang bersama kumpulan "Sahabat Media".




Pelayaran bersama "Star Cruises" dimulai dari Pulau Pinang sehingga ke perairan antarabangsa. Setibanya berada diatas kapal, aku dapat lihat sendiri bagaimana konsep sebuah kapal dan hampir menyamai sebuah kapal dalam filem "Titanic".



Paling mengasyikkan apabila tibanya waktu malam yang mana kita boleh lihat suasana penuh warna warni yang menyinari setiap pelusuk kapal "Star Cruises" ini.

Bila bercakap pula tentang ruang tidur, bilik yang disediakan ini boleh dikatakan tidak mengecewakan walaupun agak kecil pada tanggapan aku sendiri. 

Bilik ini boleh muat dalam 2 - 4 orang dan lengkap dengan peralatan asas bagi sebuah bilik.




Bagi peminat dunia fotografi, tidak asing lagi apabila bangun lebih awal untuk merakamkan sendiri detik "sunshine" di awal pagi, gambaran ini diambil sekitar dalam pukul 7.00 pagi dan langit mula kelihatan cerah.



Bagi aku peluang sebegini bukannya selalu boleh dapat dan merasai sendiri belayar dan bermalam bersama "Star Cruises" adalah salah satu pengalaman yang anda boleh rasai sendiri bersama keluarga dan menjadikan sebagai salah satu percutian bulan madu.

Menarik Ke Fraser Hills?

on 3 February 2014

Aku sebelum ni memang tak pernah jejak pun ke Fraser Hills, ada juga aku dengar beberapa perkara tentang Fraser Hills ni.

Ada yang kata Fraser Hills ni berhantu, tapi aku tak dapat nak pastikan berapa peratus kebenarannya kerana aku pergi ke sana bukan untuk menjadi seorang detektif untuk menjejak entiti.

Mungkin benar dan mungkin tidak, biarlah terus menjadi rahsia dan rahsia.




Cuaca indah dan suhunya bagi aku tak berapa sejuk lah. It is normal. Cuma kalau korang yang jenis tak tahan sejuk walaupun sejuk tu sikit, make sure korang pakailah kasut. Bagi mengelakkan kaki korang mengalami kekejangan luar biasa(ok, ini sje aku tokok tambah).

Bila aku perhatikan keadaan sekeliling, masyarakat yang hadir tak ramai dan korang boleh bergambar sepuasnya tapi aku tak pasti kenapa hanya kedai cenderahati je yang buka.

Bagi korang yang nak mengabadikan kenangan, silakanlah bergambar puas2, tapi jika nak mencadangkan lokasi ini sebagai bulan madu, bagi aku ia tak berapa sesuailah kerana kurang tempat yang menarik.

Apa-apa pun, Fraser Hills ni bagi yang belum tiba ke sini lagi, anda boleh datang ke sini untuk melawat dan menikmati cuaca yang sejuk di atas bukit. Tapi tidaklah sesejuk genting highland atau genting highland.

Aku dah sampai sini, korang bila lagi?



Jalan - Jalan Di Fraser Hill!

on 30 January 2014

Perancangan last minute sebenarnya. Bila balik dari kerja dalam pukul 5 pagi siap kemas apa semua. Timbulah perancangan yang tak dirancang.

Family Trip ke Fraser Hills. Khabarnya disana kawasan keras jugaklah tapi tak berapa pasti sejauh mana benarnya.

Aku bukan nak cerita pasal cerita hantu di Fraser Hills, cuma aku nak kongsi kat korang serba sedikit sepanjang perjalanan aku ke sana melalui jalan lama.

Jika nak diikutkan nak melalui jalan biasalah, disebabkan nak elak kesesakan punya pasal, kasi redah lah itu jalan lama.

Bila lalu jalan lama ni, pening lalat jugak. Boleh aku cakap laluan ni lebih berpusing dari laluan nak ke genting highland. Pergi ikut laluan ni, balik pun ikut laluan ni.

Tiba di suatu tempat yang aku sendiri tak tahu apa namanya, ada 1 lokasi tasik bagi aku kira cukup cantik. Kalau korang jenis kaki bergambar atau suka kan seni fotografi, ini salah satu lokasi yang korang boleh terjah.




Perjalanan makan masa lebih kurang dalam 2 jam jugaklah dari Kuala Lumpur. Tips untuk korang bagi yang nak elak kesesakan yang teramat, sila keluar awal pagi.

Next entry aku akan share apa lokasi menarik yang korang boleh terjah di Fraser Hills.
Member Of Denaihati Network