Pesawat MH370 Di Lokasi Rahsia?

on 19 March 2014

Asalamualaikum..

Hari ini telah masuk hari ke 12 kehilangan pesawat MAS MH370, dan sejak hari pertama kehilangan itu aku telah menggerakkan usaha mencari dengan mencari petunjuk-petunjuk baru.

Petunjuk-petunjuk ini dapat aku simpul dan dikumpulkan juga dari pemerhatian beberapa orang pengamal perubatan Islam(bukan bomoh).

Bermacam teori yang telah kita dengar ada yang betul malah ada yang tidak. Malah ada juga yang telah memberikan bermacam-macam andaian dan ideologi merapu apabila mengaitkan dengan perihal politik dan sebagainya.


Sebelum aku nak terus berkongsi, aku beritahu awal2 aku bukanlah ahli magic, pengamal sihir atau dunia perbomohan yang mengarut. Cukuplah aku cakap sekadar dari ilmu tauhid dan ilmu kifayah yang diamalkan dalam perubatan Islam termasuk mencari orang yang hilang dan barang yang hilang. Aku tak kata aku hebat, cuma boleh cakap sama-sama kita berikhtiar dengan cara masing-masing.

Baiklah, tanpa aku celoteh lebih panjang, apa yang aku dapat kumpulkan dari analisa-analisa dari sudut perubatan Islam dalam usaha gerakan mencari ni(bukan berdasarkan maklumat dari media massa), ini adalah pemerhatian kali kedua setelah kali pertama petunjuk yang aku dapat tidak begitu jelas.

KEADAAN PESAWAT
Mungkin ramai diantara kita malah masyarakat diseluruh dunia beranggapan bahawa kemungkinan pesawat telah terhempas tetapi tidak tahu dimana lokasi. Ada yang beranggapan di 2 koridor dan LCS.

Jika diikutkan secara logik minda manusia, sekiranya berlaku hempasan pesawat, barangkali serpihan pesawat akan dijumpai ketika operasi pencarian dan menyelamat digerakkan.

Tetapi sehingga kini masih buntu mencari serpihan(jika tanggapan pesawat terhempas), jadi apa yang berlaku dari petunjuk yang aku dapat pesawat ketika ini masih selamat, mendarat dan tersorok di suatu lokasi yang masih belum aku ketahui dimana kerana memang benar berlaku rampasan pesawat.

KEADAAN PENUMPANG,CAPTAIN & ANAK KAPAL PESAWAT
Kita lihat sekarang ini ada ura-ura mengatakan secara kiasan bahawa penumpang telah pun mati, ingin aku tekankan disini bahawa keadaan penumpang ketika ini masih selamat tetapi mereka disembunyikan disuatu tempat yang seakan-akan sebuah rumah.

Mereka dikumpulkan beramai-ramai ditempat yang aku sendiri belum dapat pastikan lagi setakat ini dalam gerakan usaha mencari dan menjejaki mereka.

SIAPA PENYERANG YANG MERAMPAS PESAWAT MH370?
Hal ini masih lagi aku sedang siasat dan jejaki, dalam masa yang sama dari petunjuk yang aku dapat adalah penyerang adalah 2 orang yang masing-masing berumur 20 an dan 30 an. Warganegara mana maaf aku tak dapat kongsikan kerana ini melibatkan negara luar. Jadi kita tunggu sendiri pengumuman dari pihak kerajaan sendiri siapa yang mendalangi rancangan ini(jika pihak kerajaan tak sembunyikan apa2 maklumat lah).

Jika kita amati apa yang berlaku, memang logik dan berlaku satu konflik dan konpirasi yang melibatkan negara-negara yang berkuasa besar tapi sehingga ini maklumat tentang itu aku tak boleh kupas sebab aku tak dapat trace dan maklumat lengkap tiada.

Berkaitan apa yang telah aku kongsikan ini terpulanglah pada korang semua nak percaya atau tidak kerana kepercayaan itu adalah hak individu. Aku tegaskan disini aku bukanlah penilik nasib,ahli magic,bomoh dan sebagainya yang mengarut. Cukuplah sekadar yang korang tahu tentang ilmu tauhid,ilmu kifayah yang dipelajari di pondok-pondok pengajian Islam.

Mungkin hal ini adalah benar dan tidak ikut kehendak masing-masing. Aku cuma menyampaikan dari petunjuk yang aku dapat dan telah aku kumpulkan sehingga hari ini.

Jika bercanggah dari apa berita yang akan kita dengar selepas ini, aku minta maaflah melainkan berita yang kita akan dengar nanti dari semasa ke semasa adalah 1 lakonan untuk menyembunyikan apa yang berlaku sebenarnya.

Aku harap dengan petunjuk yang aku dapat ini sedikit sebanyak melegakan hati para keluarga penumpang,captain dan anak kapal yang terlibat agar harapan tetap tinggi untuk menjumpai pesawat itu.

Wallahualam..
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

nurmisnan said...

Kita terus berdoa mudah2an segala konspirasi ini akan berakhir dan MH370 pulang dgn selamat...


19 Mar 2014, 22:32:00 Reply To This Comment
John said...

Interesting thoughts I really enjoyed your blog.


27 May 2022, 17:47:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network