Orang cuma mahu duit sahaja.Orang tak mahu RISIKO + USAHA.

on 8 February 2014


Yaakob dan Jeman sedang menimba telaga…
Timba pi, timba mai, dekat dua jam sakit urat belakang pa bala.
Maka penuhlah ikan dalam kubang tersebut,
tiba-tiba, berduyun duyun penduduk kampung turun
sama menangkap ikan hasil penat lelah Yaakob dan Jeman.
Yaakob dan Jeman buat bodo ja lah, sebb masih bujang.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Perkara itu sudah normal dan lali dalam dunia perniagaan,
orang cuma mahu ‘ikan’ (duit) , orang tak mahu RISIKO + USAHA.
1- Yaakob dan Jeman menimba, tiba-tiba sekoq ikan pun takdak dalam kubang tu.
Dapat penat + masa terbuang sahaja lah.
2- Sebab takmau penat + takmau masa terbuang

> Penduduk kampung Wait N See.

Ada ikan kami turun sapu, takdak ikan kami menyembang bawah pelenggaq sudah lah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Yaakob dan Jeman merupakan perintis market.
Mereka mengambil risiko membuka channel,
mengambil risiko penat lelah untuk mencari ikan.
Penduduk kampung ada 2 jenih :
Jenih 1
> Sekiranya ada ikan, penduduk kampung akan terjun tibai ikan sekali dalam telaga yang sama.
Jenih 2
> Penduduk kampung yg cerdik sikit, akan cari telaga baru dan buat apa yg Yaakob
dan Jeman buat di telaga no satu tadi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Berger Bakaq Abang Burn merupakan perintis market berger bakaq.
Kat kampung aku sebelum ni ada berger biasa sahaja dan berger goreng.
Pup pap pup pap, keluar Berger Bakaq Abang Bern.
* pastu kat kampung aku, keluar berger Kukus,
tak sedap pun, tapi usahanya harus dipuji kerana menimba telaga baru.
OraWhite merupakan perintis kepada produk memutihkan kulit dengan serbuk collagen, stemcell pa bagai tu.
Pup Pap Pup pap,
keluar lambakan produk puteh jenih Penduduk Kampung Jenih 1.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Meniru dalam exam adalah SALAH, meniru dalam bisnes ?
ikut suka hangpalah..
Lain sekolah, lain teknik menirunya..
Antara idea gua adalah :
1- Air bandung
> Sirap + Susu tin = Air Bandung.
Menu baru untuk meniaga bazar Ramadhan tahun depan :
Sirap + Gula Merah + Santan
= Air Bandung yg lebih berlemak, ( maka lakulah produk kurus.)
2- Cendoi.
> Cendoi + Santan = bersepah sepah.
Gantikan santan dengan :
Cendoi + Air Soya = meniaga kat Medan Selera Pekan Rabu.
3- Waffle + Mayonis + Serunding = Sedap.
Roti + Sardin + Salad = Sedap.
Why not Roti + Mayonis + Serunding = sedap dak tau ?
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Malaysia Tercinta said...

Yaakob dan Jeman pun satu hal, tak reti nak lindungi titik peluh mereka (i.e. hakcipta).
Kalau bab perlindungan hakcipta, belajarlah dari Apple :)


8 Feb 2014, 01:03:00 Reply To This Comment
Budak Nakal said...

sungguh bermakna perkongsian di atas..Terbaik!


8 Feb 2014, 14:32:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network