Bisnes VS Makan Gaji

on 4 February 2014


Jangan perbodohkan mereka yang berbeza dengan kita!

Dari dulu lagi, ramai yang selalu berdebat tentang yang mana lagi bagus, berniaga atau makan gaji.

Ia ibarat 'perang' yang tiada tamatnya.

Ada yang bila makan gaji, kata mereka yang berniaga ni bodoh.
Ada juga yang bila berniaga, kata mereka yang makan gaji ni bodoh.

Pada saya, jangan sampai kita kata orang lain bodoh hanya kerana berbeza pendapat.

Ya, saya memang rasa berniaga lagi seronok dari makan gaji.  Sebab ia kena dengan diri saya.

Namun jangan kita lupa, ada orang yang diri dan personalitinya lebih ke arah makan gaji.

Mereka bukan terpaksa makan gaji, tapi mereka GEMBIRA dengan kehidupan seperti itu.

Jika mereka gembira dengan pilihan mereka, siapalah kita nak kata mereka bodoh?

Sebab pada akhirnya, kebodohan itu akan kembali pada kita balik.

Pokoknya, jangan kita hanya ikut membabi buta apa yang orang lain buat.

Orang lain berniaga, kita berniaga.
Orang lain makan gaji, kita makan gaji.

Tapi hati sendiri masih gusar, seperti tiada arah tuju sebenar.

Lebih baik kita GEMBIRA dengan pilihan hidup sendiri,
dari TERSEKSA hanya kerana ingin peroleh pujian dari orang lain
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

NurulHuda Alias said...

betul...semuanya atas diri masing-masing...tapi janganlah hangat-hangat taik ayam pulak :D


10 Feb 2014, 13:53:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network