Penangan Lagenda Otak - Otak!

on 10 February 2014

Perniagaan yang pernah aku ceburi sebelum ni macam-macam dari produk dropship,printing,produk fizikal dan lain-lain.

Mai sini aku cerita serba sikit tentang bisnes kecil-kecilan aku ni. Aku bukanlah dari backround bisnes, aku cuma seorang bekas graduan dalam bidang diploma multimedia.

Aku mula minat bisnes sejak umur 19 tahun lagi dan aku bermula dari situ. Takda perniagaan yang mudah dalam dunia ni!

Bila macam-macam aku buat so dah macam-macam lah aku rasa penangannya,penendang kiri kanan depan belakang. Jangan nampak gula2 ja. :)

Tahun 2014, mungkin dah tiba aku bangkit kembali dari kegagalan masa lalu. Aku mula mengasaskan perniagaan berlandaskan industri makanan.

Siapa cakap nak percayakan masyarakat senang? Payah! Bak kata sifu aku, "ko tak kan rasa nikmat kejayaan jika ko belum rasa sakit kegagalan." Ya, ini statement memang makan dalam.. 


Alhamdulillah, awal january 2014 aku mulakan langkah sebagai usahawan industri makanan otak-otak yang aku namakan "Lagenda Otak-Otak".

Sambutan setakat ini amat menggalakkan berdasarkan testimoni yang aku da dapat. Ada yang menempah untuk jamuan kenduri tahlil, kenduri kahwin dan lain-lain.

Setakat ini antara badan-badan korporat yang telah pun rasa kesedapan berganda "Lagenda Otak-Otak" ni seperti KRU STUDIOS, TOURISM MALAYSIA & YELLOW PAGES.

Cawangan "Lagenda Otak-Otak" juga telah dibuka di beberapa kawasan untuk percubaan awal seperti di Sg.Buloh dan Taman Desa.


Untuk projek akan datang, "Lagenda Otak-Otak" telah berpeluang menjadi salah satu penaja untuk gathering terbesar blogger 2014 iaitu Sepetang Bersama Blogger & Yeous 2014 bertempat di Saloma Bistro Matic, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 ini.

Pada yang dah mendaftar di #SBB2014 #SBBYEOUS2014 , tahniah dan anda rasalah sepuas-puasnya "Lagenda Otak - Otak" ini disana! 

Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

akubiomed said...

Terbaik. Pada usia muda seudah terlibat dengan dunia perniagaan.


10 Feb 2014, 13:43:00 Reply To This Comment
NurulHuda Alias said...

sedap nampak otak-otak ni...


10 Feb 2014, 13:50:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

thanks bro.. doakan aku..


10 Feb 2014, 19:34:00 Reply To This Comment
Tengku Syukri said...

memang sedap.. mai order.. haha


10 Feb 2014, 19:43:00 Reply To This Comment
Bahrain said...

Tahniah bro, semoga perniagaan terus maju ke tahap ANTARABANGSA. AMIN~


11 Feb 2014, 02:08:00 Reply To This Comment
Dkna Abza said...

tak dapat join #SBB2014... tak dapat makan otak-otak la nie


11 Feb 2014, 15:51:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Member Of Denaihati Network