Home > Archives for March 2014
Rumah yang pernah dikatakan berhantu di seksyen 2 yang bertempat Shah Alam pasti korang pernah baca cerita mengenai rumah ini.
Bermacam-macam teori dan versi bersepah di Google.
Korang boleh lah rajin2kan kan diri untuk cari cerita ni.
Hari ni aku singgah kejap ke rumah berhantu seksyen 2 untuk melihat sekali lagi keadaan rumah.
Kali terakhir aku pergi pada tahun 2013 dengan kawan-kawan aku yang lain. Masa tu pukul 3 pagi.
Tapi kali ini keadaan wajah rumah ini telah berubah. Aku tak tahu dan tak pasti siapa yang jaga rumah tu sekarang apa yang aku tahu keadaan rumah ni semakin bertambah baik dari segi penjagaan luaran.
Sebelum ini aku dah tulis entry tentang produk coklat pepero yang diragui status halalnya di
sini , tapi apa yang mengecewakan aku pada jawapan yang diberikan pada syarikat yang menjual produk dari korea ini.
Umum mengetahui coklat ini cukup terkenal di Langkawi dan ada yang memborong disana samaada untuk dijual semula atau dimakan sendiri.
Pakai minyak wangi adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan kita berwangi-wangian ketika bersolat. Bermacam-macam jenis minyak wangi ada dijual dipasaran dan ada yang murah serta yang mahal.
Sejauh mana kehalalan minyak wangi ini untuk dibawa sembahyang bagi umat Islam?
Aku pernah mengkaji isu dan persoalan ini dengan beberapa individu yang mendalami ilmu syariah. Bila kita sentuh isu alkohol sudah tentu kita semua akan fikir HARAM kerana berkaitan dengan isu arak.
Tahukah anda minyak wangi beralkohol boleh dibawa sembahyang? Dan bukan semua jenis alkohol adalah tak sah dibawa ketika solat? Ini yang menjadi persoalannya.
Syukur alhamdulillah,
Sambutan meriah pada Malam Cinta Allah & Rasul yang boleh dikatakan antara taman-taman syurga dapat menarik ribuan umat Islam terutama golongan anak muda.
Bertempat di Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali sebagai masjid besi mengumpulkan beribu umat Islam untuk turut berjemaah bersama-sama mengalunkan ayat-ayat suci dan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Ini adalah pengalaman pertama hadir ke himpunan terbesar sebegini rupa malah suasananya yang aman dan tenang, subahanallah.
Ketika di sekolah menengah, aku adalah seorang pelajar yang beraliran akaun. Waktu tu subjek tambahan adalah akaun,ekonomi asas dan add math.
Alhamdulillah...
Keputusan yang sangat baik dan melambangkan pengetahuan akademik yang tinggi.
Tahniah diucapkan pada adik-adik yang telah berjaya merangkul keputusan yang cemerlang, maka disinilah bermulanya kehidupan di luar alam persekolahan.
Baik, sekarang katakan adik2 ditinggalkan di tengah2 kota KL seorang diri,
tanpa sebarang peralatan, tanpa sebarang sijil, tanpa mengenali sesiapa.
Hanya wang RM50 di tangan.
Cukup tepat jika aku gelarkan buku yang telah aku dapat dalam goodies di
SBBYEOS2014 baru-baru ini seperti tajuk diatas.
Kenapa?
Pada pengamatan aku sejujurnya buku ini penuh dengan ilmu yang tak terkalah. Samaada dari sudut ilmuan dunia mahupun ilmuan akhirat.
Bukan itu sahaja, ada beberapa perkongsian dari sudut penceritaan memberikan motivasi hidup, jadi memang kena dengan trademark
DenaiHati "hidup untuk memberi".
Asalamualaikum..
Hari ini telah masuk hari ke 12 kehilangan pesawat MAS MH370, dan sejak hari pertama kehilangan itu aku telah menggerakkan usaha mencari dengan mencari petunjuk-petunjuk baru.
Petunjuk-petunjuk ini dapat aku simpul dan dikumpulkan juga dari pemerhatian beberapa orang pengamal perubatan Islam(bukan bomoh).
Bermacam teori yang telah kita dengar ada yang betul malah ada yang tidak. Malah ada juga yang telah memberikan bermacam-macam andaian dan ideologi merapu apabila mengaitkan dengan perihal politik dan sebagainya.
Coklat Pepero, itulah salah satu coklat yang pasti diborong jika ke Langkawi. Aku juga salah seorang yang pernah memborong coklat ini ketika bercuti di Langkawi sebelum ini.
Kali ini aku dapat tahu bahawa status
coklat Pepero ini diragui kerana tiada sijil halal, sudah semestinya bab halal haram ini pasti dipandang serius sebagai seorang yang beragama Islam.
Jadi mana yang tak tahu tak mengapa tapi jika dah tahu baik ambil tindakan agar tidak lagi beli
coklat Pepero ini.
coklat Pepero
Baru-baru ini aku sempat singgah ke Dip Dip Cafe di E-Curve Damansara bila pulang dari Melaka bersama keluarga.
Pada mulanya aku singgah di salah satu cawangan di Bangsar, tapi aku tengok punyalah ramai manusia yang beratur untuk menunggu giliran masuk ke cafe tu. Jadi aku tukar planning untuk pergi ke satu lagi cawangan di E-Curve Damansara.
Asalamualaikum,
Pada 8 Mac yang lalu, berlangsungnya
SBBYEOS2014 bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Bagi diri aku sendiri, ini kali kedua aku menyertai gathering
SBBYEOS2014 seperti ini yang menghimpunkan seluruh blogger di Asia Tenggara.
Untuk terus mengembangkan rangkaian dalam arena blogging, tak lengkap tanpa kekuatan silaturrahim yang kukuh sesama blogger.
Tak ramai mengetahui sesuatu himpunan atau gathering amat penting dalam melebarkan lagi sayap network sesama blogger malah mengeratkan lagi silatturahim sesama rakan blogger yang lain.
Bagi aku la kan, sebelum nak hentam suka suki tu, baik selidik dulu lah betul2.
Entah dari mana sumber yang negatif pasal
Spritzer korang dapat aku pun tak tahu la kan.
Untuk pengetahuan korang, jirat cina tu memang ada
TAPI agak jauh dari lokasi kilang pemprosesan air mineral tersebut. Aku dan rakan2 blogger yang lain dah terjah kilang
Spritzer tu, kami dah selidik dari A-Z malah dibawa ke setiap pelusuk kawasan sekitar untuk pemerhatian. Rujuk
lawatan ke kilang spritzer
Sebelum berlepas ke Taiping pada pukul 8.00 pagi
Semalam, aku dan beberapa orang blogger lain berkesempatan untuk melawat kilang
Spritzer bertempat di Taiping, Perak.