9A & 9A+ Dalam SPM, Tapi....

on 21 March 2014

Alhamdulillah... 
Keputusan yang sangat baik dan melambangkan pengetahuan akademik yang tinggi.
Tahniah diucapkan pada adik-adik yang telah berjaya merangkul keputusan yang cemerlang, maka disinilah bermulanya kehidupan di luar alam persekolahan.
Baik, sekarang katakan adik2 ditinggalkan di tengah2 kota KL seorang diri,
tanpa sebarang peralatan, tanpa sebarang sijil, tanpa mengenali sesiapa.
Hanya wang RM50 di tangan.

Dengan wang itu, adik2 tidak boleh menghubungi keluarga, tidak boleh menghubungi rakan2,
tidak boleh mencari saudara mara, hanya boleh digunakan untuk mencari rezeki.
Fikirkan bagaimana mahu mulakan hidup dengan RM50 itu untuk seminggu,
sebulan dan setahun kemudian?
Bagaimana keputusan 9A atau 9A+ itu dapat membantu?
Maka di sinilah permulaan realiti hidup.
Adakala result itu tidak akan membantu apa2 pun jika kita tidak tahu untuk memanfaatkannya dan adakala ia sangat membantu.
Samada result bagus atau tidak,
hidup kita seterusnya adalah bergantung kepada keputusan dan tindakan yang bakal kita ambil.
Adik2 sudah keluar dari alam persekolahan.
Masa untuk berfikir dan bertindak dalam rangka realiti baru bermula.
Zaman hidup dalam kotak sekolah sudah berakhir.
Fokus kepada pencarian ilmu, modal sosial dan pembangunan diri.
Selamatkan diri dari kejutan budaya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Member Of Denaihati Network