Kenapa?
Pada pengamatan aku sejujurnya buku ini penuh dengan ilmu yang tak terkalah. Samaada dari sudut ilmuan dunia mahupun ilmuan akhirat.
Bukan itu sahaja, ada beberapa perkongsian dari sudut penceritaan memberikan motivasi hidup, jadi memang kena dengan trademark DenaiHati "hidup untuk memberi".
Aku mengenali Tuan DenaiHati ketika pertama kali bertemu di SBB2013, kemudian berjumpa lagi sekali di Iftar Ramadhan anjuran DenaiHati Network. Sejujurnya pada mula pengamatan awal aku lihat beliau seakan garang, tetapi jika dah lama kenal beliau, berborak pasal blogging, keluar mengeteh dan join aktviti anjuran beliau sendiri, sedikit sebanyak aku dapat menyelami dan menghayati perihal diri beliau.
Kembali kepada tajuk asal, buku setebal 210 muka surat ini sedikit sebanyak menambahkan ilmu dan pengetahuan terhadap blogger-blogger diluar sana.
Memang rugi jika dah dapat buku ini, tetapi ilmu yang dikongsikan kita tak gunakan sebaik mungkin. Itu memang salah satu silap besar.
Aku harap moga kita semua dapat manfaat dari buku ini walaupun dapat percuma tapi ilmu yang ada dalam tu susah nak dapat. Bila dah dapat hargailah dan praktikkan sebaik mungkin. Inshaallah kejayaan milik kita semua.
{ 2 comments... read them below or add one }
Banyak yang dikongsikan didalam buku edisi khas Denaihati ini.
19 Mar 2014, 22:30:00
Mudahan dari perkongsiannya ini ramai dapat manfaatnya, insyaAllah.
20 Mar 2014, 14:32:00
Post a Comment